Tuesday, May 15, 2012

Perasan.

Aku baru Perasan.

Bila belek-belek kembali album lama dekat Facebook aku jarang nak upload foto baru.
Aku tak macam kawan-kawan lain.Bila ada gambar baru akan terus upload untuk jadi DP.
Kalau boleh biar gambar yang ada dalam komputer dan cukup syarat aku akan terus letak jadi DP.

Aku  juga baru perasan.
Setiap kali aku upload gambar pastinya aku akan dikelilingi oleh teman-teman dan juga saudara.
Aku lebih selesa begitu sebenarnya.Lebih selamat.
Banyak sahaja gambar berseorangan tetapi aku tak mahu letak.
Aku merasakan bahawa jika aku meletakkan gambar aku sendirian menjadi DP aku seolah-olah merasa aku telah dibogelkan oleh mata-mata yang nakal.

Aku baru perasan
Bahawa aku juga tak simpan banyak gambar.
Kebanyakan gambar yang ada muka aku hanya pada kamera kawan-kawan.
Sebab itu gambar aku hanya dipenuhi pada ruangan photo yang telah ditag oleh mereka.
Walhal dalam diam aku maki.Kenapa mesti tag aku dengan muka yang sebegini.

Dan Aku juga baru perasan
Bahawa aku tak suka tengok muka sendiri lepas gambar itu dicaptured.

Notakakipayung: Some people said that gambar itu akan jadi kenangan.But not for me.Semuanya sudah tersimpan kemas dalam kotak hati dan minda aku.Itu yang lebih penting.Momen yang mungkin tak akan berulang tapi bila aku pejam mata selama mana yang aku suka dan dapat merasainya itu sudah cukup indah pada aku.Nah.Kamera siapa lagi hebat? Kamera kau ke Kamera ciptaan Tuhan?

Peace sambil tunjuk tanda keamanan.

4 comments:

littledolphin said...

gambar saya pun ,selalunya mesti ada at least seorang kawan lain.entah kenapa.tak selesa dah letak gambar seorang kat fb.kalau saya berani letak gambar seorang,mesti masa tu sedang sangat konfiden.haha



saya hanya suka tengok muka sendiri selepas gambar dicaptured kalau muka tak nampak berminyak dan senyuman comel.senyuman tak jadi,delete.lol.

♥ MS ♥ said...

:) saya baru perasan, hari ni, saya baca karangan awak sampai habis! nice entry :D

Razak Alimin said...

:)

cikzara said...

sama lah weyyyy. malas kot nak letak2 gambo nih. kalau upload adalah muka aku terselit sikit. hahhaha