Wang Perlindungan

Ahad, 8 Januari 2012

Sahabat Hati itu adalah kamu.


Yang tulus ikhlas ingin sekali-sekala dirinya dibalas -Selamat Ulang tahun Sayang: Imran Ajmain.


diambil dari Tumblr.

Hari ini sudah masuk 7 Januari 2012.Sudah hampir seminggu berlalu selepas menyambut tahun baru.Begitu pantas rasanya lintasan waktu berlalu meninggalkan kenangan semalam.Pastinya minggu akan datang dan bulan-bulan seterusnya akan menjadi lebih sibuk buat aku.Abaikan tajuk yang terlampau panjang.Ini adalah entri khas buat Seseorang.Seseorang yang banyak mengajar aku untuk berfikir diluar kotak dan mengajar aku untuk menjadi lebih matang dalam menguruskan kehidupan.Seseorang yang mampu membuatkan aku kagum dan mudah jatuh hati dari segi gaya penulisannya.

Setahun yang lalu,aku menemui sebuah blog dimana aku tertarik dengan segenap penjuru isi blog dan entrinya.Bahasa yang digunakan membuatkan aku terbuai dengan perasaan sendiri.Mesej utamanya selalunya sampai kepada para audiens yang sentiasa singgah dan membaca.Blog ini merupakan antara blog wajib yang mesti aku singgah saban malam sebelum tidur.Blog ini juga akan sentiasa berada dalam senarai blog aku dan diantara blog kegemaran aku untuk membaca selain blog enamratusenampuluhenam walaupun blog ini kini hilang entah ke mana.

Jujurnya aku membaca setiap karya yang dihasilkan olehnya.Jarang sekali aku meninggalkan  komen.Aku lebih suka membaca dan menjadi pembaca senyap berbanding seperti pembaca-pembaca yang lain yang gemar melontarkan isi yang berada dalam benak fikiran mereka.Dia hanya seorang guru biasa yang mengajar disalah sebuah sekolah tinggi.Kebiasaannya jika disebutkan dengan professionalisme guru aku akan lebih mudah untuk menghormati mereka.Tidak kisah sama ada mereka muda atau tua  yang pastinya dia sanggup mengorbankan apa sahaja demi anak didik.Jika bukan kerana disebabkan oleh seorang guru tidak mungkin aku mampu untuk melangkah sejauh ini.Walaupun dia bukanlah seorang guru yang pernah mengajar aku ingin aku sampaikan padanya Terima kasih Cikgu!

Dia juga insan biasa.Punya masalah sendiri.Diam-diam dia melepaskan segala isi hati disatu ruangan dimana dia boleh berkongsi rasa dengan semua.Tidak minta dikasihani namun cukuplah menulis sebagai terapi buat diri.Biar kurang bebanan membelenggu diri.Kisahnya kadangkala membuatkan audiens tersentuh hati.Kadangkala mampu untuk menghapuskan duka semalam.Ya inilah antara penyebab mengapa aku selalu ziarah ke sini dalam diam.Aku banyak belajar dari kisah hidupnya.Aku percaya satu hari nanti aku pasti akan bakal mengalami kehidupan yang sama sepertinya.Aku masih muda.Masih bertatih di atas dunia yang serba mencabar.Dia terlebih dahulu makan garam jadi patut ambil iktibar dan pengajaran dari kisah hidup dan insan yang berada disekelilingnya.

Buat Dia:

Masa lalu tetaplah masa lalu
Biarkan jauh berkelana
ada suka dan duka biarlah terbungkus disana
Jejak-jejak yang masih berbekas
Waktu akan pasti memudarkannya
Hembusan angin menyentuh wajah kita
Nyanyian burung yang merdu
Adalah masa kini.

Sekalipun ada rentetan jerit tangis
Semoga tiada lagi keluh yang bergayutan
Pasrah dan bersyukurlah.
Ini lembaran baru
Menulislah dengan penuh keyakinan.

Ya Allah
Izinkanlah hamba meminta
berilah kesihatan jiwa dan raga untuknya
bahagia selalu dalam kehidupannya
murah rezeki
berjaya dengan karier dan usaha
dikelilingi cinta dari sahabat,kekasih dan juga keluarga
sentiasa bersyukur atas segala kurniaMU
lancarkan segala urusannya
dan
jauhkan dia dari segala bahaya
ameen

Notakakipayung: Buat Dunia Sebelah Zara: Selamat Ulang Tahun kelahiran.Maaf jika ianya kurang menarik.Dibuat dalam keadaan tergesa-gesa sebelum turun periksa.Apa-apa pun ia adalah hadiah tulus ikhlas dari hati buat kak zara. Jaga diri ya.

12 comments:

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ berkata...

Terima kasih dear :)

Azizah Alwi berkata...

Sama-sama kak zara :)

aQimie Ceplos berkata...

Punye la tawadok aku bace. rupenye entry berfday..
nice weh.. ayat kau sgt awesome.
i suke :) hehe..

aQimie Ceplos berkata...

BTW: Happy Berfday KakZara :)

Namee Roslan berkata...

azizah sgt sweet. :''') hehe. untuk cik Zara dapat special wish. cewah :)

Amni berkata...

kawan sama persatuan kmk kat UTM...=)

Muhammad Saiazuan Norhalik berkata...

a good friend u are and a good friend u have.. its good to be good :D

Azizah Alwi berkata...

Qimie: Tawaduk eh.Nak buat ayat awesome pergi beli buku banyak-banyak then baca.Baucer RM200 Dah boleh claim oh.Lepas ni kau pun boleh buat ayat awesome jgk.Thanks bte :)

Azizah Alwi berkata...

Namee: Next time buat untuk Kak Namee pulak.Bulan 5 kan? :)

Azizah Alwi berkata...

Amni: Oh kenal paduhal kitak duak tok.hehe

Azizah Alwi berkata...

Saiazuan: Thanks zuan.Tunggu masa bila nak wish birthday zuan pulak.hehe

Fuz berkata...

ya, blog dia menarik. dulu aku ada buat entry pasal dia. and there were a lot of comments :)