Wang Perlindungan

Sabtu, 21 Januari 2012

IQRA'

May peace be upon you Always.

1.Baucer RM200 sudah dapat hari isnin tadi.Terima kasih kepada Perdana Menteri kerana memberi baucer ini kepada saya sebagai seorang pelajar tahun akhir yang tidak tahu hendak menggunakan baucer itu untuk apa.Masih mengintai peluang untuk membelanjakan baucer ini kearah buku-buku yang berilmiah secara amnya dan tidak berilmiah secara khususnya.Tak mahu jadi bodoh haruslah rajin membaca.

2.Mahu jadi genius seperti si cantik manis Hanis Zalika minda perlu selalu besenggama dengan buku-buku.Tak percaya.Cubalah.Aku dah cuba dan ternyata ianya sangat berkesan kepada aku.Seolah-olah merasakan bahawa otak aku  sudah seperti otak Albert Einstein. Seperti ensiklopedia bergerak.Lebih menjurus kepada bidang psikologi, kehidupan dan keagamaan.

3.Dengan  baucer RM200 kau tak boleh claim dengan duit.Kalau claim kau boleh dipenjarakan.Tak percaya kau pergi ke official web higher Education serta baca term and condition apply.Jadi kalau siapa-siapa rasa tak nak baucer RM200 tu boleh bagi kat aku okay.Sebab aku readerholic punya orang.Aku rasa tak puas hati sebab masih ada yang merungut nak tukar pergi duit.Gila kentang putar tamak kau jah.

4.Dengan baucer RM200 sambil tertera logo 1 Malaysia Pihak MPH  The Spring telah menghadkan penggunaan baucer hanya kepada bahan-bahan berunsur ilmiah sahaja.Novel,komik dan sewaktu dengannya adalah tempat terlarang dan diharamkan sama sekali untuk membeli bahan bacaan ringan dengan baucer tersebut.Bukan apa Pihak MPH The Spring ni bukan kedekut cuma mahu melahirkan insan yang berilmu.

5.Dengan baucer RM200 juga aku boleh beli buku kitab terfaktab,hero,heroin,kontrol Histeria dan sewaktu dengannya.Aku dapat tahu info ini melalui facebook timeline Lejen Press.Terima kasih sebab aku sedang bercadang untuk membolot kesemuanya.Tamak gila.


6.Dengan Baucer tersebut juga aku boleh puaskan nafsu aku untuk terus membaca.Semenjak kurang melakukan aktiviti senggama minda,aku dapati otak aku menjadi semakin lembab dan tidak produktif sepenuhnya.Jika perasan aku masih mengulang ayat yang sama pada permulaan ayat.Ini menunjukkan bahawa tahap kelembapan otak aku sudah semakin jelas dan ini adalah disebabkan oleh kurangnya budaya membaca.

7.Dengan Baucer RM200 juga aku boleh terus-menerus menghidu bau buku baru serta bau kertas buku yang wangi serta tenggelam dalam tulisan menyebabkan aku menjadi seorang yang agak high seperti menghidu gam dan menghisap dadah.Ya.Buku adalah dadah untuk aku dan aku adalah penagih yang tegar serta seorang yang sentiasa dahagakan ilmu.

8.Dengan Baucer RM200 aku boleh ubah mentaliti aku dari mentaliti minda kelas ketiga terus meloncat ke minda kelas pertama serta berfikir di luar kotak.Ya.Aku tahu aku seorang yang agak creative dan punya high imagination.Kerana dengan Imaginasi kita mampu lakukan apa sahaja walaupun hanya sekadar bermimpi.




9.Dengan pembelian buku dengan mengguna baucer RM200 aku boleh dapat idea-idea baru untuk terus menulis dan mengemas kini blog.Antara salah satu sebab kenapa aku sekarang jarang mengemaskini blog adalah disebabkan oleh kekeringan idea dari otak aku yang gagal  untuk linkage dengan sel-sel neuron menyebabkan blog ini terbiar tanpa ada penciptaan hasi entri  yang gempak,cool dan awesome.




Notakakipayung: Sudah-sudahlah dengan baucer RM200 tu.Benarlah kata orang nak lari dari masalah mudah sahaja cuma perlu mencari 1001 alasan.Nak cipta satu alasan pun kena membaca jugakkan.Tak perlu nak cool sangatlah kalau tak mahu membaca.Sedangkan ayat pertama yang diturunkan oleh Allah swt kepada Rasulullah SAW melalui Malaikat Jibril pun adalah "Iqra" yang bermaksud bacalah.See.Allah SWT menggalakkan kita untuk membaca supaya menjadi insan yang berilmu dan tidak ditindas dengan sewenang-wenangnya.Dengan membaca kita boleh mencipta generasi islam yang cemerlang,gemilang dan terbilang.  :D

10 comments:

Alip Apai berkata...

Aku dah beli awek chuck taylpr, heroin dengan sperma cinta. Memang terbaik!!

Yeke tak boleh beli novel? Sini magazine je tak boleh. Lain sume boleh je.

littledolphin berkata...

ini entri sangat hebat!

kempen membaca kah?

tapi ada kedai buku lain yang terima kalau nak beli novel kan?hikhik

ingatkan nak beli satu novel psychological thriller .tapi macam tak ada harapan je,sebab saya telah memberitahu mak saya tentang voucher tu dan juga memaklumkan kepadanya bahawa saya perlu membeli banyak buku untuk keperluan kolej dan even dengan baucar rm200 tu pun takkan cukup cos ada satu buku tu mencecah rm300.

saya baru je dapat baucar tu semalam!

btw saya semalam bermimpi saya pergi beli buku di kedai buku. and that is very weird.haha

Azizah Alwi berkata...

Alip: MPH tempat aku strict gila.Tak apa nanti aku pergi Popular sahajalah.Jeles bila dapat tahu buku tersebut sudah berada dalam genggaman kau.haha

♥ MS ♥ berkata...

konklusinya, untung lah sapa dapat baucer 200 tu :( hmmm. hmmm. selamat membaca,readerholicc :)

Azizah Alwi berkata...

Hana: Ya Hana.Ada.MPH tempat saya dia takut dia rugi kot.haha.Baucer RM200 untuk orang macam kita tak akan pernah rasa cukupkan Hana.Siapa yang tak mahu baucer tu sila kasi dengan orang macam kita sahajalah.Sebab kita lebih tahu baucer itu memberi manfaat kepada kita right.

Azizah Alwi berkata...

MS: Tak dapat lagi ke? Semua student IPT dapat la sayang.Thanks btw :)

Choki berkata...

As Salam..Hmmmm..Skrg ni tgh cuti.Br plan nk pakai the vouchers..Malang skali..T'tinggal kat hostel rasenye T___T" Huhu

Azizah Alwi berkata...

Choki: Wassalam.Ya sekarang pun tengah cuti dan esok plan nak guna untuk beli buku.Alololo.Kesiannya.Tak apa its okay. :)

Namee Roslan berkata...

tp kenapa ada orang guna voucher buku tu beli bnda lain?

Azizah Alwi berkata...

Namee: Sebab diorang tak minat buku.Saya obses sangat dengan buku jadi saya tak pandang benda lain dah.haha