What will i be years from now.I have answer them but none has answered me - years from now by Aizat.
Entri pertama aku pada 1 haribulan 1 dua ribu dua belas.Macam tak percaya bahawa kita sudah melangkah masuk ke tahun baru.2011 telah ditinggalkan.Banyak peristiwa suka duka sepanjang tahun 2011.Bangun tidur pagi tadi tiada apa yang boleh aku ingat selain daripada menyiapkan article untuk assignment aku.Penat usah dikata.Aku bangun sambil memerhati keadaan bilik.Tiada apa yang berubah.Aku mengharapkan sebuah keajaiban sebenarnya.Timbunan baju kotor masih lagi berada disudut meja studi aku.Baju lepas guna 2-3 hari lepas yang aku tak sempat nak cuci.
My life has a superb cast but i can't figure out the plot.
Entri pertama aku pada 1 haribulan 1 dua ribu dua belas.Macam tak percaya bahawa kita sudah melangkah masuk ke tahun baru.2011 telah ditinggalkan.Banyak peristiwa suka duka sepanjang tahun 2011.Bangun tidur pagi tadi tiada apa yang boleh aku ingat selain daripada menyiapkan article untuk assignment aku.Penat usah dikata.Aku bangun sambil memerhati keadaan bilik.Tiada apa yang berubah.Aku mengharapkan sebuah keajaiban sebenarnya.Timbunan baju kotor masih lagi berada disudut meja studi aku.Baju lepas guna 2-3 hari lepas yang aku tak sempat nak cuci.
Hei.Bukan aku malas cuma kekangan masa yang ada membuatkan aku terpaksa bertangguh melakukannya.Bangun pagi terus aku membuka laptop yang berada diatas katil.Dia sentiasa menemani aku saban malam.Aku mula mencari lagu untuk membangkitkan mood tahun baru.Oh.Sungguh banyak lagu dan video yang aku download rupanya.Dari lagu melayu hingga ke lagu korea semuanya ada.Sudah puas mencari akhirnya lagu Hujan menjadi pilihan.
Mungkin disebabkan oleh beat muziknya yang agak rancak menyebabkan aku mula bersemangat untuk mengemas bilik.Langsir tingkap yang berwarna putih bersalut biru laut menyebabkan bilik aku nampak sejuk.Cadar,sarung bantal,selimut,semuanya aku buka untuk dicuci.Aku seorang yang amat cerewet sekali bila tiba ke bab kebersihan.Maklumlah aku mempunyai alahan kepada debu.Jadi bilik aku kena dibersihkan selang seminggu 2 kali.Paling koman pun sapu dan mop lantai serta susun buku yang bersepah.
Kenapa aku mengatakan hari dobi sedunia kerana jiran-jiran dikawasan berdekatan juga sedang sibuk mencuci dan menjemur pakaian mereka.Aku hanya tersenyum.Puan mama sudah mendahului aku dalam bab-bab mencuci pakaian.Paling mengejutkan bila aku melihat lagi banyak timbunan baju yang berada didalam baldi sudah bersusun.Garu kepala.Aku lihat segala jenis jenama pencuci sudah ada.Cuma tinggal pick and choose sahaja lagi.Dari sabun breeze,daia,top, (liquid) Fab (Sabun buku) aku tergelak.Rasa macam buat iklan dengan segala macam jenis jenama menghiasi ruang mata.Belum lagi ditambah dengan clorox dan vanish serta softener.Benda paling tak boleh blah aku rasa ialah softener habis semua jenis ada atas lantai.Baju yang berjemuran usah dikata.Memang penuh ampaian.
Masa tengah mencuci puan mama kata hari ini dia nak masak something special khas untuk seisi keluarga.Adoyai.Kalau aku jadi macam Puan mama lepas cuci baju banyak-banyak tak larat dah nak buat kerja lain.Penat.Untuk pengetahuan living room juga sudah mama kemaskan lepas aku sepah dengan timbunan assignment dan kertas kerja aku semalam.Mama memang betul-betul seorang isteri yang bertanggungjawab menjaga kebajikanlah.Ya sepanjang 22 tahun hidup bersama dengan papa belum pernah dia mengabaikan tanggungjawabnya.Mama akan pastikan keperluan kami saling mencukupi.Dia sendiri dikemudiankan.
Apa yang pasti lepas aku tekan entri ini untuk dipublishkan aku mahu maju lagi setapak ke hadapan.2012 adalah tahun dimana aku akan menentukan hala tuju aku sendiri lepas tamat pengajian sebagai seorang pelajar.Kegagalan semalam adalah sumber kejayaan untuk kita hari ini.
Notakakipayung:Okay.Ini entri spontan sebenarnya.Jadi dia nampak agak akward sikit.Aku tulis secara random jadi nampak tiada apa-apa yang hendak disampaikan.Cuma aku nak cakap hari ini aku cuci baju.Banyak gila.haha.

18 Lontaran Suara:
selamat tahun baru,azam baru cuci pakaian kerrr.hee~~
hari dobi sedunia ek? huhu harini xleh nk bsuh baju, cuaca di arau sangat lembab
hai kawan! selamat tahun baru dan selamat menbasuh baju.hehe :D
banyaknya jenama sabun baju o.o
teringat pulak dulu ada berita yang pengguna di england pening dan stres bila pergi supermarket sebab tension tengok ada banyak sangat jenama sabun.haha
seorang ibu memang hebat.dah penat kemas rumah pun ,tapi masih berupaya untuk masak lagi. (:
hey azizah..dah masuk 2012 pun. cepat betul masa berlalu kan :D hehe. rse sedih pun ada sbb 2011 banyak bnda yg tak achieved :') hehe. selamat tahun baru si comel :D jgn sedih2 tau tahun baru nih.
fuiyo mcm same la kite.
dulu time pmr pun kalau boleh xnak basuh baju seminggu.agagagaga :)
sibuk la sangat katanya..
pdhal baru PMR.
hish balqis balqis !
anyway nice post.
i love the quotes under the picture.
:)
cuti cuti ni, dorg qada cuci baju kot? hihi
anyways, happy 2012. a year better hopefully :D
Si ngok ngek: Ya.Sebenarnya nak cakap azam tahun baru jadi insan yang lebih rajin dari tahun-tahun lepas.Selamat tahun baru jua.haha
Saiazuan: Sebab faktor cuaca jugaklah menyebabkan ramai makcik-makcik pergi cuci baju hari ini.Brighter day.Hello sunshinelah katakan =)
Hana: Yeah.itulah yang saya alami masa nak cuci baju tadi.Stress sekejap tengok banyak pakaian dan jenama sabun yang bersepah.Tinggal nak pilih je lagi.
Our mama memang superwomankan? Jiwa kental gitu.hehe
Happy New year sayang.May this new year bring us a new spirit to reach all our dreams, good health and a happiness forever.=)
Namee: Oh thanks dear. btw nak cakap congrates sebab blog dah masuk magazine.Its to awesome you know.I will try to make my day always brighter then the other year.Promise. :)
Balqis Azhar: Situasi tak mengizinkan kita nak basuh baju sebenarnya.Kekangan masa mungkin.It was just a random post sayang.More to go.anyway thanks. =)
DF: Agaklah.Tahun lepas asyik hujan sahaja.Masuk tahun baru semua pakat cuci baju ramai-ramai.haha Happy New year too.May this new year bring us a new spirit to reach all our dreams, good health and a happiness forever.=)
haha..kalau gua time mndi gua basuh sikit2..
even sehelai pon..
selamat tahun bru..=)
Kim: Oh kim boleh dibuat jadi bakal husband.Tahniah.Aku tak suka cuci baju dalam bilik air.haahaa
Sekali sekala entry spontan takpe kot. At least orang tahu yg kita ni hidup dalam kehidupan normal jugak kadang2. Bukan 24/7 nak beremosi je kan. heheheh :3
ahaha! awesome weh :)
btw. kau 22 ye?
bkan 21 same macam aku?
Kidd: yeah that right kidd.Cuma nampak agak akwardlah tulis personal life direct mcm ni.haha
Aqimie: Aku 20lah.haha
Catat Ulasan