Wang Perlindungan

Sabtu, 24 Disember 2011

Redha.

Kalau nak tahu ustaz redha dengan kita atau tidak tengok apa yang terjadi selepas kita keluar daripada tempat kita menuntut ilmu.Adakah kita masih dapat untuk meneruskan perjuangan atau sebaliknya ataupun tiada arah tuju dalam kehidupan? -via status seorang sahabat difacebook.


Aku tertarik dengan statusnya lalu aku kongsikannya disini.Nak tahu sama ada Allah SWT redha dengan perbuatan dan amalan kita ianya dapat dilihat melalui daripada redha ibu bapa dan juga guru.Masih teringat ketika aku masih lagi berada ditingkatan 5 ustazah seringkali berpesan redha Allah SWT terletak pada redha kedua ibu bapa dan murka Allah SWT terhadap kita juga terletak pada ibu bapa.Jadi nak dapat redha Allah kena dapatkan redha daripada ibu bapa dan juga guru yang pernah mendidik kita.Nak tahu sama ada para pendidik itu redha dengan kita cuba lihat saat kau keluar daripada kelas adakah ilmu yang disampaikan kepada kau senang dihadam ataupun susah.Mudah difahami atau sukar untuk dimengerti.Jika senang dihadam dan mudah difahami oleh kita itu tandanya dia redha dengan kita.Jika sebaliknya berlaku ada baiknya kalian minta maaf pada mereka,ini kerana kita bukanlah insan yang sempurna.

Redha

Redha boleh didefinisikan sebagai salah satu sifat makrifah dan mahabbah kepada Allah SWT.Pengertian redha bermaksud menerima dengan rasa senang dengan apa yang diberikan oleh Allah SWT baik berupa peraturan (hukum) mahupun qada atau sesuatu kententuan daripada Allah. Redha terhadap Allah s.w.t terbahagi kepada dua :
  • Redha menerima peraturan ( hukum ) Allah s.w.t. yang dibebankan kepada manusia.
  • Redha menerima ketentuan Allah s.w.t. tentang nasib yang mengenai diri.
Jadi aku mengandaikan dalam situasi yang sedang aku hadapi sekarang aku hanya perlu bertawakkal dan redha dengan segala ketentuannya.Situasi yang berlaku beberapa hari lepas.Semalam aku baru dapat call daripada salah seorang admin daripada pejabat bendahari mengatakan bahawa yuran pengajian untuk semester terakhir masih belum dibayar.Aku kehairanan.Masakan belum dibayar kerana aku sudah pun membayar yuran tersebut hampir sebulan yang lalu.Kau tahu apa yang akan belaku seandainya aku tidak membayar yuran pengajian? Berkemungkinan aku tidak dapat bergraduasi on time ataupun paling kejam digugur taraf.Mendapat title gugur taraf atau lebih dikenali sebagai dismiss daripada UITM bukanlah sesuatu yang amat cool dan awesome.Jadi aku bergegas pulang ke bilik untuk mencari resit pembayaran.

Nah.Sudah terbukti aku sudah membayar walaupun rupa resit itu sudah tidak seperti resit yang asal.Tulisan yang menggunakan karbon itu sudah semakin luntur.Since penglihatan aku masih lagi jelas hasil pinjaman dan nikmat kurniaan daripadaNya aku sedar bahawa tiada apa yang lebih hebat daripada hasil ciptaan Dia.Scanner pun tak boleh nak membaca tulisan yang berada diatas resit tersebut.Aku berlari semula kerana mengejar masa sebelum pejabat  bendahari tersebut tutup.Selesai berdiskusi untuk beberapa ketika aku ditemani oleh sahabat baik aku sendiri dan kami bergegas menuju ke pejabat Bank islam.Malangnya sesampai disana,waktu beroperasi mereka sudah pun tamat.Aku gelabah untuk seketika.Panik.Perasaan bercampur baur.Aku hanya mampu berdiri kaku dihadapan pejabat itu dan mata masih lagi tertancap pada waktu operasi pejabat.

Kasih sayang seorang sahabat.

Mungkin juga risau dengan situasi aku dan dia cuba meletakkan dirinya pada masalah aku  dia menceritakan segalanya mengenai apa yang berlaku pada security guard yang sedang menjaga pintu tersebut.Mujur salah seorang daripada pegawai bank islam itu ingin membantu.Akhirnya aku dan sahabat aku dibenarkan untuk masuk dan menceritakan segalanya kepada mereka yang bertugas.Pesan mereka its better jika bayar melalui cash dikaunter sahaja instead of bayar melalui machine ATM.Cuak untuk seketika.Peluh mula membasahi tubuh dan baju kurung yang digunakan.Mungkin juga disebabkan aku terlalu sweet jadi segala proses berjalan dengan mudah atas kehendak Dia juga.Ucapan syukur langsung tidak lepas daripada mulut aku dan juga sang sahabat.Katanya andai dia menjadi aku sudah pasti dia akan menangis kerana mengenangkan nasib diri.Masih menunggu keputusan daripada pihak pejabat bendahari.Andai aku dimasa sekarang ada potensi untuk digugur tarafkan maka aku redha.Apa yang pasti sampai bila-bila aku tak akan menjejakkan kaki aku lagi ke UiTM sekiranya ini yang berlaku.Sungguh ianya amat mengecewakan!Masa hadapan aku menjadi taruhan.Jangan hanya disebabkan oleh sistem buatan Malaysia pelajar yang menjadi mangsa.Bukan aku sahaja yang terkena malah ada lebih daripada 30 0rang pelajar lain daripada pelbagai kursus lagi sedang menerima panggilan yang sama seperti aku.


Notakakipayung: Kalaulah aku dismiss memang aku syok gila pasal aku tak sabar nak ambil bidang yang aku suka.Tapi sayang aku hanya membazirkan wang dan masa aku sahaja disini bersama dengan environment yang tak awesome langsung.Tak sabar nak blah.Aku dismiss cara terhormat kot.haha. :P

10 comments:

Saiazuan berkata...

perghh mcm mana la admin leh wat silap mengenai pembayaran ni.. nsb baik diorng call, klu tak, abis ur study kena gugur..

littledolphin berkata...

INSYAALLAH SEMUANYA AKAN BAIK-BAIK SAHAJA.oops sorry tercapslock.hihi.

kami para pembaca blog ini pasti akan mendoakan kamu. (: no worries.

kim heeruul berkata...

duit tu..
kalau dia ckp tak bayar mmg hati rasa lain mcm.. gelabah tak tentu pasal kan..

aQimie Ceplos berkata...

huyyoooo... gile la weh -.-
lucky aku xkene. abg PTPTIPU yg baya kan. hehe..
andai kata kau dismissed.
mesti ade hikmah kan? wah :D
andai kate la ..

Azizah Alwi berkata...

Saizuan: Hampir kena gugur taraf.But then it was okay.Everything happened for a reason right?? =)

Azizah Alwi berkata...

Hana: Sudah selesai semuanya hana.Dah boleh tarik nafas lega.Terima kasih atas doanya sayang. =)

Azizah Alwi berkata...

Kim: There is something wrong somewhere kalau macam tu.Gila kalau tak gelabah kim.hehe

Azizah Alwi berkata...

Aqimie: Andai kata aku terdismisslahkan.Tapi tak pun.haha

Namee Roslan berkata...

eh macam besar je case ??? semoga semua nya baik2 ok. :) sabar ok. usaha dulu baru redha !! :) jgn gv up settle kan tau.

Azizah Alwi berkata...

Namee: Ya case besar pun sbnrnya.Tapi still boleh cool lagi.Its okay.Everything dah settle.No need to worry :)