Wang Perlindungan

Khamis, 29 Disember 2011

Kesedaran Diri.

" Segala perjalanan hidup dan kejayaan kita adalah bermula daripada kesedaran diri.Kesedaran adalah langkah pertama!"


Aku rasa gambar ini comel jadi aku ambil jadi anak angkat.Credit: Google

Hi there!Malam ini aku nak berdiskusi sikit mengenai kesedaran diri.Rasanya macam dah lama aku tak berdiskusi tentang sesuatu yang berilmiah untuk tatapan kaliankan.I have to admit that kebelakangan ini aku banyak post entri yang penuh dengan emosi.Since dah nak masuk tahun baru haruslah kita menanam semangat baru.Azam aku tak mahu cerita sebab azam tahun ini banyak lagi yang tertunai.Azam nak jadi insan terbaik pun  belum tertunai apatah lagi nak pasang azam baru.

OK.Straight to the point.Permulaan bagi sesebuah kejayaan adalah kesedaran yang bakal menumbuhkan matlamat.This is how susunan bagaimana seseorang manusia itu berjaya dalam hidup.Walau apapun keadaan dan puncanya  mostly people akan berharap supaya sentiasa memiliki kemampuan untuk sedar diri dan berfikir tentang kemajuan diri.Actually dalam diri kita masing-masing sebenarnya ada daya petunjuk yang membolehkan kita tersedar dengan kelakuan kita.

Well yes.Aku pernah putus asa dengan kehidupan sebab beberapa faktor.Malas nak ulas panjang lebar.Nanti you all jadi penat dan menguap nak membaca.But still aku masih bersyukur sebab selembab-lembab aku pun aku masih berbangga dengan potensi dan keupayaan aku sendiri tanpa mengharapkan bantuan orang lain.Aku masih mampu untuk mendapat petunjuk supaya jangan bunuh diri bila berhadapan dengan sesuatu masalah walaupun aku pernah terfikir untuk mecuba.Paling-paling 'koman' pun, aku masih lagi memegang watak sebagai seorang yang berguna.Aku masih lagi suka untuk 'join'  dan melakukan perkara-perkara yang  berfaedah.

Kalau lihat di sebalik kehidupan kita ataupun melihat ke dunia orang lain,aku lihat masih ramai lagi orang yang lebih suka enjoy dan menjaga tepi kain orang lain instead of jahit kain diri sendiri.Mereka lebih sibuk ingin mengetahui tentang nasib seseorang daripada melakukan perkara-perkara yang berfaedah.Aku kalau boleh memang tak nak ambil tahu langsung mengenai kehidupan semasa orang sebab people around us pun akan cenderung untuk mengambil tahu keadaan kita.Ada perbezaan dengan maksud ambil berat dan ambil tahu ya.

Semuanya datang daripada anugerah Sang pencipta yang memberikan kita kebijaksanaan lalu akhirnya hidup dan segala aktiviti harian kita ini memiliki petunjuk tersendiri.Ada maksud dalam ayat Quran yang berbunyi " kalau tidak kerana kurnia dan nikmat Allah kepada kamu maka tentulah kamu mengikut syaitan.Kecuali sebahagian kecil sahaja diantara kamu."Memang benar.Setiap daripada kita yang lahir didunia ini mempunyai perangai dan sikap asal untuk sentiasa tertarik kearah kebaikan dan kebenaran.Betapa indahnya hidup jika kita faham yang sebenarnya apa sahaja yang ada dimuka bumi ini dibolehkan.

Member aku masa zaman sekolah dulu pernah beritahu.Yelah aku dulu noob sikit.Tapi aku suka dengar dia bercakap sebab dia ni jenis rajin jugak membaca.Dia kata setiap perbuatan di dunia ini adalah dibolehkan untuk kita buat melainkan ada beberapa benda/perkara yang tidak boleh dilakukan..Kebebasan itu tidak terkira banyaknya akan tetapi larangan itu boleh dikira.Hanya yang disebut atau dilarang tidak boleh dilakukan maka itulah yang terlarang.Sedangkan yang tidak disebut dan dilarang maka terpulanglah untuk kita melakukan atau sebaliknya.

Actually semua itu bergantung kepada diri kita sendiri.Bagaimana kita sedar untuk memberi respons terhadap bagaimana kita hendak bertindak balas dan menerima terhadap kebenaran.Kebenaran dan kebaikan itu ada dalam diri masing-masing.Tinggal diri sendiri cuba untuk mencungkil dan mengeluarkan both attitude itu.From there barulah wujud dan permulaan untuk langkah menuju ke arah kejayaan.Jujurnya aku seorang yang fully motivated tapi disebabkan oleh environment yang tak berapa sesuai dengan aku akhirnya aku menjadi give up padahal dah nak sampai pun ke destinasi terakhir sebenarnya.


Notakakipayung: kenapa aku rasa entri yang aku buat ini agak bosan dan skema.Mostly aku banyak guna word kita.Okay mata dah pedih sebab aku tak berapa sihat sebenarnya.Aku taip ni entah berapa literlah jus hingus keluar. :P

12 comments:

Kidd Fallen berkata...

Kesedaran sendiri sebenarnya yg membantu kita mencungkil potensi diri sendiri. Keinginan untuk mencapai sesuatu matlamat merupakan pendorong yg memotivasikan kita. Just whenever we feel like giving up, try again, and again. Our life not gonna end when we face failure, but it will be the end if we stop trying.

Life is pretty short, and it can be the end anytime unexpectedly. Are we gonna finish it strong or vice-versa is always our choice to make. :3

kim heeruul berkata...

bila kita gagal.Saat itu kita sedar bahawa kita membuat kesilapan.
daripada kesedaran itu lah kita belajar untuk menangganinya.

Muhammad Saiazuan Norhalik berkata...

best motivator is diri kita sendiri :)

Namee Roslan berkata...

kesedaran diri..hmm. kalau tak sedar diri kita akan jadi negative. kalay sedar diri means, kita tahu apa yg kurang pd diri kita dan apa yg perlu kita ubah. sgt perlu kesedaran diri :)azizah jgn putus asa ok walau apa yg belraku..strike for the best :)

Fuz berkata...

Malam ni sy follow twitter minah ni :)

Azizah Alwi berkata...

Kidd: Great Kidd.Kejap nak salin ur punya word dalam buku and lecture notes.Baru semangat nak turun kelas nanti.haha :))

Azizah Alwi berkata...

Saiazuan: Yeah.That right.jadi diri sendiri lagi best sebenarnya. =)

Azizah Alwi berkata...

Namee: betul tu sayang.If kita sedar akan kelemahan kita for sure kita akan terus cuba untuk memperbaiki kelemahan kita tersebutkan? Will do.Seems 2011 is getting harsh with me.Haha.

Azizah Alwi berkata...

Fuz:Tweeter minah mana yang awak nak follow tu.Dah bergelen jus hingus dia masih nak follow.ok.Kidding.Dialu-alukan. =)

Kidd Fallen berkata...

HAHAHA perlu ke salin dalam note. =,=' segan nakk oiii. hahaha :3

Azizah Alwi berkata...

Kidd:Menjadi satu kewajipan untuk menulis wording yang best.Bila bosan baca notes boleh baca nota hidupkan.Nampak la kasyaf sikit bila baca nota pensyarah tu.Strategi harus ada.hehe

Azizah Alwi berkata...

Kim: Apsal kau punya komen mula masuk bahagian spam eh.Nasib baik aku ni jenis rajin nak jenguk-jenguk kat bahagian spam ni.Itu sudah semestinya Kim =)