Wang Perlindungan

Ahad, 18 Disember 2011

Hilang.



Sempat singgah ke salah sebuah cawangan MPH bookstore tanpa perancangan dan akhirnya tanpa dapat mengawal nafsu,aku telah kecundang.RM40 telah terbang melayang kerana aku sudahpun terbeli 2 buah buku Fixi iaitu ZombiJaya oleh Saudara Adib Zaini dan Dendam oleh Afifuddin Omar.Puas.Itu yang aku rasakan sekarang.Aku sudah boleh menghidu bau wangian daripada kertas buku.Ya.Aku seorang yang agak pelik kerana suka menghidu bau kertas buku baru dan adrenalin mula menyapa diri untuk menyelak helaian seterusnya.



Mencongak-congak sama ada mahu membeli baju sempena Year End Sales diseluruh boutique yang ada sehingga diskaun 70% agak menerujakan bagi insan bernaluri perempuan seperti aku.Disebabkan aku mempunyai kekurangan wang dan memegang kepada pepatah ukur baju dibadan sendiri akhirnya aku lepaskan baju yang asalnya berharga RM159.90 dan selepas diskaun menjadi RM 24.50. Memandangkan dalam purse hermes paris aku cuma ada RM100.00 akhirnya aku membeli FIXI tanpa mempedulikan Padini,Elle,Nicole dan Googles.Sementelah adik aku puas kerana dapat membeli 4 helai baju dari butik berlainan aku pula merasai kepuasan kerana dapat memiliki Koleksi buku FIXI.



**************


Kini dia telah pergi.Menghadap ilahi tanpa meninggalkan sebarang pesan buat kita.Peringatan untuk aku dan semua.Hidup kita hanya pinjaman.Mati itu tidak mengira siapapun sama ada tua,mahupun muda,kaya atau miskin.Tak tahu bila pula giliran kita akan menyusul dia.Buat dia aku sedekahkan bingkisan doa buatmu.Al-Fatihah.Moga roh kau akan tenang disana serta ditempatkan dikalangan para solihin hendaknya.

Terpandang status Syed Hakim Al-Yahya di timeline facebook petang tadi mengkhabarkan sebuah berita duka.Aku tak kenal siapa dia Syahrul Nizam/@ Caol Nizam.Yang pasti aku juga turut bersedih.Mungkin ada diantara sahabat-sahabat blogger yang mengenali dia.Jadi sedekahkan bingkisan doa buatnya.Mengikut sumber Beliau terlibat dalam sebuah kemalangan pd pukul 12.15 dan telah menghembuskan nafas terakhir sebentar tadi. 




Notakakipayung: Yes.Aku dah boleh nyanyi  lagu untuk kamu oleh Hafiz sambil ikut suara dia. :P

13 Lontaran Suara:

kim heeruul berkata...

lebih baik lu beli buku tu. bermanfaat la juga jika membc.. hihi

al fatihah untk arwah syahrul nizam.

Azizah Alwi berkata...

Kim: Ya.Guwa jua merasakan sebegitu.Manusia berilmu,manusia yang gemar membacakan? =)

littledolphin berkata...

nak juga dapatkan buku fixi.tapi low budget la buat masa ni.sedang cuti,so no allowance :8

dah la ramlee awang murshid pun ada buku thriller baru.fiksyen 320 judulnya kalau tak silap.

♥ MS ♥ berkata...

alangkah bagusnya kalau dapat shoping jugak time YES ni --"

-alfatihah juga untuk dia . hmmm.

aQimie Ceplos berkata...

haha!
RAMBANG mate ye kak?
xpe. sabar.
btw. al fatihah buat beliau..

Namee Roslan berkata...

bagus beli kita. dapat lupakan smntara masalah yg ada bila mmbaca. oh, banyak berita org meninggal. sedih. al fatihah .

cikzara berkata...

bau buku baru sedap woo. kalau beli mesti nak bau dulu. :)

al-fatihah.

Azizah Alwi berkata...

Hana: Itulahkan.Beli buku lagi banyak ilmu baru boleh kita dapat.Hana slowly sayang.Takkan lari buku tu.Ya dalam proses nak beli jugak buku Ramlee Awang Murshid.Tak sabar nak dapat baucer buku bernilai RM200 tu.haha

Azizah Alwi berkata...

MS: Bawak parents pergi shopping la sayang. =)

Azizah Alwi berkata...

Aqimie: Ya.Rambang mata itu sudah pasti.hehe.

Azizah Alwi berkata...

Aqimie: Yelah banyak buku sebab tu jadi rambang mata.Bkn tengok jejaka cuma buku.haha

Azizah Alwi berkata...

Namee: ya tahun ini banyak orang yang terdekat dengan saya pergi.The worst year kot bagi saya.

Azizah Alwi berkata...

Cik Zara kita serupa.Bau buku sangat wangikan.hehe