Wang Perlindungan

Sabtu, 24 Disember 2011

Hilang Kawalan.

You don't care about us - placebo.



Selamat datang ke abad 21.Kita sekarang hidup pada zaman dimana semua benda berkonsepkan pakai buang.Pakaian,kanta lekap,barangan elektrik malah nilai kemanusiaan juga adalah jenis pakai buang.Moral,Belas kasihan,kasih sayang semuanya adalah pakai buang.Kita sebenarnya berada dalam proses pengosongan jiwa.Membuang semua benda pahit daripada hidup itu diumpamakan membuang semua benda menjadi longgokan sampah untuk menanam mayat diri kita sendiri.Kita sedang membina kubur kita sendiri daripada timbunan sampah untuk mengebumikan jiwa kita yang kosong disitu.Orang yang memiliki dompet yang berisi wang yang tebal didalamnya sebenarnya mempunyai jiwa yang kosong.Kehidupan bukan satu latihan.

Aku masih berdiri memerhati keadaan sekeliling.Seolah-olah timbunan manusia yang berada dihadapan aku semuanya statik secara tiba-tiba.Seperti ada kuasa yang menghentikan perjalanan masa.Jika kalian perasan disebalik kemajuan dan hiruk-pikuk di mana-mana bandaraya mahupun kota-kota metropolitan, kamu masih boleh lagi melihat orang yang kurang berkemampuan mengorek sampah-sarap untuk mencari makanan hanya untuk terus hidup! Kamu juga masih boleh melihat orang lain minum arak yang mahal dan meludahkan makanan mereka hanya kerana perhubungan yang tidak berjaya atau mengalami sedikit kegagalan dalam hidup.

Tak ada sesiapa pun yang benar-benar tahu apa yang penting atau sebaliknya dalam menentukan hala tuju hidup.Yang aku tahu aku hanya mahu teruskan kehidupan aku serta menghiburkan diri untuk menikmati hidup yang dirasakan amat singkat.Walaupun aku tak punya keupayaan untuk mengubah dunia tapi aku akan terus berusaha untuk melindungi apa yang aku percaya masih lagi mempunyai nilai buat diri aku.

Kemana arah tuju kamu? Aku pun tak tahu.Apa yang aku tahu kisah silam kita akan sentiasa menjadi buah mulut manusia-manusia lain dimasa akan datang.

Notakakipayung: "Kita adalah pengganas kepada nafsu manusia yang akan menyebabkan kemusnahan." 

4 comments:

haikal blank berkata...

kita semua di dalam kekeliruan yang nyata dalam terang.

Izzati Tatie berkata...

smelah mcm sye..msalah dunia xpenah lekang dr fikiran.mcm2 nak dipirkan demi arah tjuan arah hidup..nice entri :)

littledolphin berkata...

punca kemiskinan meningkat adalah kerana pembangunan kota.keuntungan dikaut oleh sesetengah pihak sahaja,lantas pasti ada pihak lain yang ditindas.itulah sebab terjadinya mengapa masih ada yang mencari makanan di celah sampah.

memang benar,mereka yang dompetnya tebal sebenarnya kebanyakannya berjiwa kosong.hala tuju pun tak tahu.padahal dah habis belajar sampai master.

hidup ni singkat.hanya mampu live,enjoy the life and tidak dilupakan juga bersedia utk mati.

kiddfallen berkata...

Rentak perjalanan hidup sekarang tak lagi macam dulu. Dulu hidup susah dari situ kita bangkit. Sekarang hidup senang dari situ pulak kita sakit. IDK why, but I like thia entry :3