Thursday, October 13, 2011

Kelebihan membaca Surah Al-Mulk.

Assalamualaikum and Good Afternoon to awesome people.Happy reading.May Allah SWT bless!

Hari ini tukar tune sikit.Before that let us recite Yaasin and Al-Fatihah to my late bestfriend Nasrun & Wan Azwin.May they rest in peace.



Kebelakangan ini aku banyak bercakap pasal  "pergi" after my friend sudden death.Aku tak perasan pun sebenarnya. Kawan-kawan yang berada disekeliling aku yang banyak bagitahu.Mungkin disebabkan mereka terlampau risau.Hakikatnya aku bertambah Ok each day.Hari ini tak nak update apa-apa.Cuma nak berkongsi ilmu sedikit lepas aku balik dari Masjid semalam.Ya.Cuti semester ini aku nak perbaiki semua yang ada dalam diri.Jangan risau.Aku berubah slow-slow.Nak drastik sangat tu yang payah.

Kebetulan aku baru lepas membaca surah Al-Mulk beserta dengan tafsirnya sekali.Aku tak tahu pulak kalau selalu amal membaca surah ini insya Allah pengamal dan pembacanya akan diselamatkan dari Siksa Kubur.

Surah Al Mulk ini terdiri merupakan surah yang ke 67 dalam Al-Quran dan mengandungi 30 ayat.Sejarah telah membuktikan seperti yang berlaku di zaman Rasulullah SAW.Ibnu Abbas menceritakan:

"Pernah suatu ketika para sahabat berkhemah diatas kubur.Mereka pun tidak menyangka bahawa tempat yang mereka tinggal itu adalah kubur.Setelah beberapa ketika berada didalam khemah, mereka tiba-tiba terdengar seseorang membaca surah Al-Mulk dari awal hingga ke akhirnya.Suara itu datangnya daripada dalam tanah.Kemudian tahulah mereka bahawa mereka sebenarnya sedang berkhemah diatas kubur.Kemudian hal tersebut diadukan kepada Rasulullah s.a.w lalu baginda bersabda yang bermaksud:

"Surah Al-Mulk adalah surah pelepasan kerana ia menghindar pembacanya dari azab neraka."
(Hadis Riwayat At Tarmizi)


Meskipun begitu, Surah Al-Mulk juga mempunyai kelebihan-kelebihan yang lain.


Daripada Jabir r.a., sesungguhnya Rasulullah s.a.w. tidak akan tidur sehingga baginda membaca surah Alif Lam Miim Al Sajdah dan Al Mulk.
(HR At Tarmizi)
Daripada Anas Ibnu Malik berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Satu surah di dalam Al Quran menghadiahkan kepada pembacanya sehingga memasukkannya ke dalam syurga iaitu Tabarak-al-llazhi.”(Surah Al-Mulk)
(HR At Tabrani)
An-Nasa’i juga meriwayatkan dari Ibnu Mas’ud bahawa Rasullullah s.a.w. bersabda:“Sesiapa yang membaca Surah Al Mulk setiap malam maka Allah mencegahnya daripada azab kubur.”
Tentang surah ini ada satu riwayat yang lain menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Hatiku menghendaki supaya surah ini berada didalam setiap hati orang-orang yang beriman.”
Mengikut satu hadis, seseorang yang membaca dua surah iaitu Tabarak-al-lazhi dan Alif-Lam-Mim-Sajdah di antara sembahyang Maghrib dan Isya adalah seumpama sesorang yang berdiri sembahyang untuk sepanjang malam Lailatul-Qadar. Adalah diberitakan juga bahawa jika seseorang itu membaca dua surah ini, tujuh puluh kelebihan akan diperolehinya dan tujuh-puluh dosa-dosa akan dihapuskan. Mengikut riwayat yang lain, jika seseorang itu membaca dua surah ini, ganjaran pahalanya adalah menyamai orang yang berdiri sembahyang sepanjang malam ‘Lailatul-Qadar’. Ini juga telah disebutkan di dalam Mazahir.
Ta’us rahmatullah ‘alaih telah berkata: “Kedua-dua surah ini mendatangkan enam-puluh kelebihan-kelebihannya yang mengatasi daripada segala surah-surah.”
Siksaan di dalam kubur bukanlah satu perkara yang biasa. Setelah meninggal dunia, tingkat pertama seseorang itu mesti lalui ialah alam barzakh. Apabila Saidina Uthman r.a. berdiri diatas sebuah kubur, ia akan menangis dengan begitu sekali sehinggalah janggutnya dibasahi air-matanya. Seseorang telah bertanya kepadanya mengapakah menangis begitu rupa jika disebut kubur daripada disebutkan Syurga atau Neraka.
Ia menjawab, “Aku telah mendengar dari Rasulullah s.a.w. bahawa kuburlah tempat persinggahan yang pertama untuk menuju akhirat. Barangsiapa terselamat daripada azabnya , peristiwa-peristiwa selanjutnya akan mudah baginya. Dan sesiapa yang tidak selamat daripada azab di dalamnya, kepadanya peristiwa yang akan datang kelak menjadikan lebih sukar sekali. Dan daku juga mendengar bahawa tidak ada satu gambaran yang lebih menakutkan dan menggerunkan selain daripada apa yang ada didalam kubur.”
Ya Allah ! Selamatkanlah kami daripada azab-Mu dengan keampunan-Mu..
 Notakakipayung: Jom kita ramai-ramai amalkan baca surah ini. :)

17 comments:

Namee Roslan said...

Alhamdulillah kamu semakin baik dr segi mental dan emosi. terima kasih share kebaikan surah al mulk. saya pun nk amalkan. jiwa kacau. :) by the way, kamu jgn sedih2 ya :)

Miss Dolce and Gabbana said...

Namee Roslan: Cuba untuk menjadi seorang yang optimis.Sama-sama Namee.Nak copy boleh sahaja.Oh tidaklah.Saya akan happy-happy sentiasa sebab life must go on right.Saya sedar bahawa saya masih ada kwn2 yang baik disisi saya.thanks Namee Sayang :)

cik aletheea: said...

alhamdulillah,
jalan2 lalu sampai kat sini,
hati kosong, al quran lah yang boleh menyerikan balik sepenuh, bukan manusia kan...
anyway,
time kasih tambah ilmu thea lagi..
keep on writing ye.
suke bace
(^_^)

AcidFlynN Wraith said...

Sigh~ insap aku yang inesen

Miss Dolce and Gabbana said...

Cik aletheea: Thanks for dropping by sayang.Insya Allah kalau ada ilmu saya akan kongsikan bersama jangan risau.Betul tu bila jiwa resah al-Quranlah yang mampu mengubati hati kita.I will sayang :)

Miss Dolce and Gabbana said...

Acid: inesen ye acid? hehe.ambil masa terluang untuk baca.dapat jugak pahalakan?

kim heeruul said...

gua harap,allah ampunkan dosa2 & jauhkan drpd azab seksaan api neraka...amin..

Miss Dolce and Gabbana said...

Kim: Amiinn.Doa semua untuk kita dan sahabat-sahabat kita :)

RepublicAku said...

kita ni sudah boleh buat kelab jiwa kecewa ni...keh3

Miss Dolce and Gabbana said...

Republic aku: jom3.Kau kes kena tinggal kekasihkan? haha

Cik Jannah said...

selalu amalkan dari masa sekolah menegah dulu. start dari duduk asrama la. banyak kelebihan.:0

Cik Jannah said...

selalu amalkan dari masa sekolah menegah dulu. start dari duduk asrama la. banyak kelebihan.:0

miratun madihah said...

terima kasih atas info ni,ayuh mari kita amalkan nya :)

Miss Dolce and Gabbana said...

Cik Jannah: Baguslah.Saya baru tahu akan kelebihan surah ini. :)

Miss Dolce and Gabbana said...

miratun madihah: sama-sama.Jom! xD

ehaminnie said...

terima kasih share kan :)) satu lagi ilmu yang sy dapat :))

nurnuha said...

sangat gembira dapat baca post ni pagi2 jumaat yang indah, jumaat pertama ramadhan 1433 H. Glad to drop by your blog and read those precious words from u. salam ukhuwah syukran jazilan. SAlam ramadhan al-mubarak dan salam perkenalan! :D