Beberapa hari lepas ulangtahun kelahiran Inchek Papa.Malangnya aku dan adik tiada disisi semasa menyambut ulangtahun kelahiran beliau.Sungguh aku rasa sebak.Kebetulan 14 Mac lalu merupakan paper final pertama aku.Cuak tak payah cakaplah.Rasa tak ready nak jawab paper pun ada jugak.Tapi lepas wish daripada sanak saudara dan sahabat handai aku terus positif yang aku boleh buat.Lepas paper first tu memang tak payah cakaplah.Frust dihati hanya Dia yang tahu.Malam itu aku sujud lama.Mintak-mintak doa dimakbulkan.Kadangkala aku rasa macam hampir putus harapan untuk berdoa sebab sampai sekarang doa aku untuk berjaya dalam hidup belum termakbul.
Aku tahu tak sepatutnya aku berfikiran sebegitu.Jadi aku setkan balik mind aku jadi positif balik.Jiwa pun berserabut sangat.Lepas aku baca satu muka surat penuh Surah Ar-Rahman,baru hati aku rasa tenang sikit.Surah ini adalah salah satu daripada surah favourite aku.Setiap kali nak tidur malam surah yang akan jadi pilihan ialah surah luqman, Ar-rahman dan Al-Mulk.Tapi disebabkan aku berjaga jadi masa aku dengan Dia jadi semakin kurang.Solat pun sekadar memenuhi tuntutan.Kalau masa aku senggang memang lama la duduk kat tikar sejadah.
Aku sendiri pun tak tahu kenapa tapi lepas aku reread balik Contengan Jalanan, hati aku menangis.Its look like buku tu kena sangat dengan kehidupan yang aku lalui.I feel very touched.Sumpah tak pernah jemu pun bila baca buku ini.Lepas baca, semacam ada satu aura yang boleh buat diri-sendiri nak berubah.Tapi tak tahu starting point dari mana.This book is antara buku wajib yang aku belek sebelum tidur.Oh ya lagi satu buku favourite aku is Hero by Hilal Asyraf. Aku tak tahu kenapa aku tulis sebegini yang pastinya aku rasa aku sedang tanggung beban yang aku rasa berat sangat tapi aku tak tahu apa.Cuma sekarang aku makin perasan aku jadi makin sensitif.Sekarang dah terlalu being too emotional.
Hampir semua aku spill out pada Dia.Sebab aku tahu orang lain pun tak akan boleh menyelesaikan masalah aku.Sebab orang lain pun ada masalah mereka sendiri.Jadi aku tak sanggup nak membebankan fikiran mereka dengan masalah aku.Maybe sebab aku dah hold perasaan ni lama sangat jadi sekarang aku rasa macam aku tak mampu nak tanggung.Sungguhlah orang kata nikmat yang ada takkan terasa selagi ianya takkan lenyap dihadapan mata. Teringat dengan kata-kata kak Dina "if kita ingin berubah, Allah pasti akan hantar orang yang baik-baik pada kita." dan aku percaya dengan kata-katanya.
Cuma lately aku jarang untuk menyertai bulatan gembira bersama-sama kakak-kakak dan hadek-hadek surau, jarang nak mentarbiyah diri-sendiri hingga kadang-kala lupa untuk bersyukur dengan apa yang aku ada.Cukup rasanya aku spill out everything disini.The rest is history.
Dearest Ewin,
Aku rindu kau.
Aku sayang kau.
Ada rezeki kita masuk Syurga,Kita jumpa kat sana, bro.
Maaf sudah lama tak menghadiahkan kau Surah Yaasin sehingga beberapa malam lepas kau muncul dalam mimpi aku.Kabur.Yang pasti kau tersenyum.
Insya Allah.
Berubah.Kali aku nekad untuk berubah sepenuhnya.Tinggalkan yang kelabu dan hitam itu dibelakang.Mati itu pasti semua orang tahu.Waktu sampai ajal tiada toleransi.Aku tahu.Ajal tak kenal usia dibumi pun aku tahu.Larilah ke ceruk bumi mana sekalipun maut itu pasti akan datang tanpa sebarang kompromi itu aku juga tahu.Samada ditunggu atau tidak datangnya sebagai sebuah janji itu pun aku tahu.
Bayang maut itu boleh datang dengan merangkak atau boleh datang laju sepantas kilat besi juga aku tahu.Tapi untuk akal dan hati menerima bukan semudah itu.Hisab dan timbangan amal itu semuanya dibawah kuasa allah.Moga-moga Allah sayang arwah tok,nenek, Ewin dan Abang Joe dan mudahkan urusan mereka disana.
"Tiap-tiap yang bernyawa pasti akan merasai mati.Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan ( yang sebenar-benarnya.) Dan hanya kepada kamilah kamu dikembalikan."
(Al Ambiya:35)
set dalam kepala:
Jauh dari Allah adalah punca segala masalah,
Hanya bila kita kembali dekat dengan-Nya,
Masalah yang susah menjadi mudah,
Dan kita pun lebih tenang menyelesaikannya.
~Afdholul Rahman of LangitIlahi
[190312]
set dalam kepala:
Jauh dari Allah adalah punca segala masalah,
Hanya bila kita kembali dekat dengan-Nya,
Masalah yang susah menjadi mudah,
Dan kita pun lebih tenang menyelesaikannya.
~Afdholul Rahman of LangitIlahi
[190312]